Jumaat, 11 Disember 2015

Meeting Today

Assalammualaikum.
Hari ini pukul 3.30 p.m. tepat ada meeting, bertempat di blok kuliah.
Tetapi, aku pukul 3.15 p.m. petang masih lagi memanjakan diri di atas katil.
Sampai ke kelas pukul 3.40 p.m.
Belum lagi menjejakkan kaki ke dalam kelas, aku dah mula membebel sendiri.
Mana tak nya, dari luar tidak kelihatan ada manusia yang berada dalam kelas itu.
Buka sahaja pintu, kedengaran suara presiden a.k.a abang kesayangan sudah m beniti di telinga aku.

Aku datang meeting dengan keterpaksaan dan tanpa redha.
Finally, he give me a job. He ask me to do the flyers.
Sebabkan aku, EXCO Multimedia, nak tak nak, aku kena buat.
Tanggungjawab Atul, nanti di akhirat di soal, baru tahu.
Ngeri.......

Macam-macam agenda yang ingi dilakukan oleh jawatankuasa Kelab hari ini.
Bila bab aktiviti, semua pakat "Kita buat ni", "Kita buat tu".
Bila Syarif bersuara, "Ok, hari ini juga kita pilih KP (ketua projek)".
"Sebab memudahkan kerja untuk buat proposal."
Ada suara bertanya "Kena buat yea ?" Tambah lagi, "Bukan setiausaha buat ke ?"
Dalam hati aku, 'Amboi bukan kemain, ingat setiausaha ini kuli buat kertas kerja ke apa ? Dia sahkan ajela.'
Amboi, bukan main marah lagi aku.
HAHAHAHAHAHA.
Tak suka orang ambil kesempatan atas orang. Walaupun, itu bukan jawatan aku.

Hope sangat aku tak terlepass bicara yang pedas dan pedih dalam meeting yang akan datang. Sebab mulut ini, sejak jadi kasar ini, bukan boleh tahan sangat.
Sabar ajelah, nasihat diri sendiri sentiasa beristighfar. In sya ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan