Khamis, 10 Disember 2015

First Day of My Diary

Assalammualaikum.
'Girlish' nya ada diary bagai ni.
Hahaha.
Pernah je ada diari tapi semua tak tahan lama, bukan apa, aku ni jenis pemalas.
Aku harap sangat tak ada lah orang jumpa blog aku ini, sebab dah nama pun diarikan.
Kalau orang nak jumpa pun, probability macam rendah aje.
Sebab aku bukan artis yang orang nak tahu update 24/7.
Lagi beberapa hari aku nak sambut hari jadi aku yang ke 18.
Semua member dah nak masuk 19 tahun, aku baru nak masuk 18 tahun.
Nasib keluar lambat, hujung bulan baru nak keluar.

Semalam aku tak boleh tidur, dan aku menangis.
Bila dah situasi macam tu, aku akan selalu melalut.
Tak pasal-pasal orang yang aku suka dan sayang jadi mangsa.
Penat dia melayan karenah aku yang kadang-kadang macam angin ribut.

Aku ni kasar orangnya, bukan lemah lembut. Tapi, alhamdulillah dengan didikan yang ibu dan ayah bagi, aku masih lagi ada sifat hormat dan santun depan orang yang lebih tua dari aku.
Didikan guru yang sentiasa menekankan hormat pada si guru, aku terapkan dalm jiwa, walaupun dengan pensyarah sendiri.

\Diari, pemilikmu ini sudah masuk ke alam universiti, sedang menyambung pelajaran di peringkat diploma. Masih lagi muda, ada bnayak adik beradik, tapi majoriti perempuanlah, kami kasar. Kami bukan jenis ayu, yang duduk bersimpuh, segan-segan tutup muka. Kami adik beradik jenis yang selamba. Kerana itu adalah diri kami.

Ingat nak taip sikit aje, tapi bila tangan dah letak atas keyboard memang laju sangat. Sampai tak sedar dah berperenggan-perenggan dah. Kalau cikgu Syazana dapat tengok anak murid dia menaip karangan ni, mesti bangga, tapi bab menulis aku nombor 1 PEMALAS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan